Kelas Online Belajar Asas Blog dan Penulisan - Pendaftaran dibuka
Pendaftaran masih dibuka untuk kelas asas blog
dan penulisan ;)
Kalian akan belajar-
1. Belajar asas blog
2.Create blog dan belajar penulisan
berpengaruh. Selepas pandai, boleh buat seberapa banyak
blog
3.
Tips penulisan di blog
Bonus (bernilai
RM75)
1.
Ebook super wahm super mom (rujukan_
2.
Ebook 30 tips sihat hamil dan pantang
Hasil Akhir
1. Bagi yang mahu belajar menulis, menggunakan blog untuk melatih penulisan melalui nota yang diberikan.
2. Bagi yang ingin menyiapkan ebook. Menggunakan blog untuk menyiapkan ebook pertama

Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam
blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah
motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri,
biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan
pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau
mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di
blog yang sudah diikuti ramai pembaca.
Bagaimana kelas
diadakan?
-Kelas adalah secara online
- Kelas adalah fleksibel mengikut masa
kalian
-Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah
untuk diikuti.
- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar
selepas 44 hari kalian sudah mahir dan mampu menjadikan informasi blog adalah
sesuai dengan sasaran pembaca
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar
dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan
online.
-Juga boleh dijadikan platform untuk serius di
bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku.
- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan,
pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. Analisa ini akan
menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan
penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah
satu pemasaran yang efektif disamping promosi di
facebook.
Berminat?
Berminat?
Hubungi saya di sini
Yuran pendaftaran RM
Kini pendaftaran dibuka untuk kelas ke-2
Yuran adalah untuk belajar teknik blog untuk menyiapkan ebook pertama.
Kos cover ebook, sekiranya mahu menerbitkan sendiri boleh mengupah grafik artis atau, penerbit biasanya akan menyiapkan cover penulis.
bayar di sini untuk dapatkan harga RM 130 http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Teks: Nurulhuda
Ismail @Wahid
Penemuan facebook peribadi
milik Puan Masayu merupakan titik permulaan saya mengikuti Kelas Asas Blog &
Penulisan yang dianjurkan olehnya. Dek kerana saya amat mengimpikan menjadi
seorang surirumah tangga sepenuh masa tetapi masih mempunyai sumber pendapatan
sendiri bagi membantu suami tercinta menguruskan kewangan keluarga, saya
tergerak hati untuk mengikuti kelas ini. Terus-terang, saya tidak ada kemahiran
menulis. Malah semasa di bangku sekolah, subjek karangan adalah subjek yang
paling lemah buat diri saya. Oleh itu, apabila menemui kelas seperti ini, saya
tidak akan melepaskan peluang untuk belajar. Seperti kata guru saya semasa di
sekolah dahulu, bakat dan kemahiran seseorang boleh diasah. Tidak selamanya kita
akan terus tidak pandai dalam sesuatu kalau kita tidak berusaha untuk
mempelajarinya.
Setelah beberapa siri
perbincangan dibuat bersama Puan Masayu, saya akhirnya mendaftarkan diri untuk
menjadi salah seorang pelajarnya. Ada 4 sebab utama mengapa saya tidak
teragak-agak untuk mengikuti kelas ini:
1) Yuran yang dikenakan amat berpatutan (tidak terlalu mahal untuk dibayar);
2) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara online sememangnya sangat praktikal dan memudahkan sesiapa sahaja, terutamanya bagi orang-orang yang berkerja seperti saya;
3) Kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya kami mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan tugasan harian yang diberikan pada masa yang ditetapkan;
4) 'Murid' yang diambil pada setiap sesi adalah dalam saiz kumpulan yang kecil supaya setiap daripada kami dapat dibimbing 'one-to-one' supaya tidak ada diantara kami yang tercicir atau ketinggalan.
Saya sememangnya tidak boleh memberikan komitmen yang tinggi dan berterusan jika kelas yang dibuat wajib dihadiri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Faktor kerja dan masa bagi menguruskan anak-anak sendirian selepas waktu kerja amat membataskan saya daripada duduk di hadapan komputer setiap hari untuk mengikuti kelas. Jika kelas yang dibuat dijalankan hanya pada hujung minggu sahaja juga sukar untuk saya ikuti kerana pada masa itulah saya akan menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dan suami, berehat, mengemas rumah, pulang ke kampung, malah kadang-kala terpaksa ke pejabat untuk menyiapkan kerja.
Alhamdulillah, saya tidak salah membuat pilihan untuk mengikuti kelas ini. Banyak tips dan ilmu penulisan yang saya pelajari melalui tugasan yang diberikan. Antara tips asas penulisan yang diajar kepada kami ialah:
1) Entri perlu ditulis setiap hari supaya idea lancar mengalir.
2) Konsisten menulis dan menyiapkan tugasan.
3) Banyakkan membaca dalam bidang genre kita supaya mudah memberi input baru dan kesegaran dalan penulisan kita.
4) Tulis dengan jiwa yang ikhlas supaya penulisan kita sampai ke hati pembaca.
Tugasan pertama, kami diberikan beberapa soalan analisis, dan daripada jawapan-jawapan kami itulah Puan Masayu akan memberikan tajuk blog yang bersesuaian mengikut minat dan kemahiran masing-masing. Kemudiannya kami akan diberikan panduan dan tunjuk ajar untuk menulis blog berdasarkan tajuk blog masing-masing. Dan disinilah keistimewaan kelas online ini, semua soalan dan jawapan daripada mentor dan mentee, serta nota dan tunjuk ajar daripada mentor, boleh diajukan dan diberikan pada bila-bila masa mengikut kelapangan kami semua. Entri juga boleh dibuat secara santai dan berperingkat, tiada tekanan langsung yang diberikan oleh mentor Puan Masayu di sepanjang kelas ini. Malah kami juga digalakkan untuk membantu rakan-rakan yang lain sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan blog, walaupun tajuk dan genre blog kami berbeza di antara satu sama lain.
Bagi saya, semua ilmu, tips dan tunjuk ajar, serta dorongan yang Puan Masayu berikan di sepanjang kelas ini melebihi daripada apa yang kami bayar. Banyak ilmu yang tidak ternilai yang dikongsikan beliau bersama kami. Tunjuk ajar tanpa jemu, serta tidak memaksa kami untuk menyiapkan semua tugasan pada masa yang tertentu, amat saya perlukan dan hargai. Malah apabila melihat rakan-rakan yang lain dapat menyiapkan entri mereka secara konsisten membuatkan saya juga begitu bersemangat untuk menyiapkan semua tugasan walaupun ada menghadapi sedikit masalah yang menyebabkan saya terhenti seketika daripada menulis sewaktu di minggu pertama kelas.
Saya amat mengesyorkan kepada semua para pembaca yang ingin mempelajari teknik asas blog dan penulisan supaya menyertai kelas ini, kerana kita bukan sahaja mendapat ilmu dan bimbingan di dalam bidang penulisan, malah kita juga akan menghasilkan sebuah ebook dan juga sebuah buku di pengakhiran kelas ini. Ini bermakna, dipenghujung kelas ini, kita bukan sahaja mendapat kemahiran menulis, malah dapat menghasilkan sebuah ebook tulisan sendiri yang pertama, serta memperolehi semula modal yang dilaburkan melalui penjualan ebook tersebut.
Mudah-mudahan, ilmu, jasa dan bakti Puan Masayu mendidik kami melalui Kelas Asas Blog & Penulisan ini dapat memberikan impak yang besar ke dalam hidup kami selepas ini. In shaa Allah, semoga perjalanan kami di sepanjang kelas ini dipermudahkan dan berjaya mencapai matlamatnya. Amin...

Bertindak
sekarang,
bayar sini untuk dapatkan harga RM 130
No comments:
Post a Comment