Wednesday, 12 June 2013

Ebook Super Wahm Super Mom

Teks : Aizmallgedungbukuonline


Ebook Super Wahm Super Mom Sudah Terbit,
Milikinya Sekarang
 
 
 MILIKI NASKAH INI HANYA RM25 SAHAJA
 
Super Wahm, Super Mom

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi 4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa 5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama 6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat 8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman
 
 
 
Apa yang menarik dalam ebook ini?
 

Kerjaya pertama saya selepas menamatkan pengajian adalah sebagai executive bank di HSBC Data Processing Centre di Cyberjaya pada tahun 2003. Dalam masa setahun dan menjadi process specialist dalam team berkenaan, saya berpeluang mempelajari selok belok customer service, berurusan dengan pelanggan bank di UK secara online dan di telefon, menghubungi pihak bank antarabangsa lain yang terlibat dalam ...urusan pemindahan wang dan bertanggungjawab melatih executive baru dalam proses berkaitan.
Pendedahan terhadap kemahiran customer service ini memberi semangat untuk saya memulakan perniagaan kraftangan perkahwinan secara online. Saya memulakan perniagaan maya bungatelur.com secara rasmi dari rumah pada tahun 2006 setelah berhenti kerja. Saya juga suka berkongsi pengetahuan dan berkemampuan mengajar orang lain yang berminat. Ini membolehkan saya menjadi tenaga pengajar untuk kelas bunga telur dan kelas decoupage.

Rutin adalah berbeza sebelum dan selepas saya mempunyai anak. 3 tahun pertama saya memulakan perniagaan, jadual kerja harian lebih bebas kerana saya cuma perlu memikirkan diri sendiri dan suami. Ada masa di mana saya sibuk menyiapkan tempahan, kami akan makan di luar atau saya boleh mengenepikan dulu urusan kerja rumah. Tetapi apabila sudah mempunyai anak, jadual berubah mengikut peringkat usia anak. Saya tidak mempunyai pembantu rumah dan tidak pernah menghantar anak ke pusat jagaan. 2 tahun pertama membesarkan anak, saya cuma mampu mengambil tempahan untuk 2-3 pelanggan saja. Selebihnya saya akan mengajar kelas decoupage atau kelas bunga telur 1-2 kali sebulan di hari minggu di masa suami dapat membantu menjaga anak. Waktu malam selepas anak tidur, saya gunakan untuk mengemaskini blog, laman facebook bisnes dan menjawab pertanyaan dari email pelanggan.
 
Sumber: Ebook Super Wahm, Super MomSee. Untuk tempahan sila bayar sini
 
 
 
Sebelum terlibat dalam dunia keusahawanan, saya bekerja sebagai seorang peguam/penasihat undang-undang di syarikat swasta iaitu KFC Holdings Malaysia Berhad & juga di syarikat milik kerajaan, Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Kini, saya sepenuhnya memegang jawatan "USAHAWAN" dan memiliki syarikat & perniagaan milik sendri. Kerjaya kini tiada perkaitan langsung dengan kerjaya terdahulu dan ianya adalah dunia yang sangat jauh berbeza.
2) Saya memilih untuk berhenti kerja & memulakan perniagaan dari rumah kerana saya mempunyai minat yang tinggi dalam bidang perniagaan & mendapat sokongan yang kuat dari suami saya, yang mana beliau adalah seorang pemilik perniagaan. Di samping itu, saya mahu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sendiri.
Harlinda Halim.Sumber: Ebook super wahm, super mom
 
 
 
Setahun setengah yg lalu kerja sebagai pegawai sains untuk satu projek penyelidikan berkaitan kanser di hukm. Tugasan saya lebih menjurus dalam statistik dan kajian kesihatan tentang penyakit terutamanya bagi individu yang berusia 40 tahun ke atas. Saya memulakan kerjaya sebagai pegawai sains pada tahun 2007 sehingga 2011. Sekitar tahun 2009 saya mula mengha...diri satu kelas pembuatan coklat persendirian untuk membuat doorgift untuk majlis pertunangan sendiri, tetapi saya dapati ada permintaan dari rakan2 sekeliling, maka dari situ lah bermulanya Chocville Online Choc Boutique. Sepanjang 2009-2011 (dari bujang sampai dah kahwin) saya bekerja pada siang dan menyiapkan tempahan pada malamnya. Bermula September 2011 saya beroperasi sepenuh masa dari rumah sebagai pembuat kuih dan manisan untuk Chocville Online Choc BoutiqueSee more
Dapatkan ebook ini untuk bacaan lanjut. Sila bayar di sini
 
 
 
 
PAKEJ BEKERJA DARI RUMAH. HANYA RM 50 SAHAJA
 
 Ulasan/ Pandangan 1
Hasnita Sawal-penulis/wartawan Majalah Pa&Ma, Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd.

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghabiskan membaca ebook yang penuh perkongsian ilmu ini. Bermula daripada muka surat pertama hingga terakhir saya rasa terbawa bersama dengan setiap kisah ibu-ibu yang berjaya menggalas kerjaya sebagai WAHM, SOHO dan sebagainya

Biarpun nama berbeza tetapi hakikatnya tugas adalah sama. Sejujurnya saya sendiri berasa cemburu dengan kelebihan yang dikecapi ibu-ibu bekerja dari rumah. Bahkan hakikatnya saya sendiri telah lama menyimpan hasrat tersebut, cuma masih tiada kekuatan untuk menggapainya.
Namun setelah mengetahui pengertian bekerja dari rumah, panduan, cabaran, halangan, dugaan, kemanisan dan kelebihan dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan namun ia bukan perkara yang mustahil asalkan kita tahu garis panduan yang betul seperti yang tercatat di dalam ebook ini.


Siapa kata tugas sebagai suri rumah yang bukan sahaja menguruskan rumah tangga bahkan ada yang memiliki perniagaan secara online satu tugas yang mudah? Mereka yang sudah menggalas tanggungjawab tersebut sahaja mengetahui susah senang bekerja dari rumah.
Jadi jangan pandang sebelah mata kepada wanita bergelar suri di rumah apatah lagi yang turut mempunyai kerjaya profesional seperti usahawan, penulis, penterjemah dan sebagainya lagi.
Justeru itu ebook ini amat disarankan kepada semua wanita yang bergelar ibu dan bakal ibu agar lebih berfikiran terbuka dan bercita-cita ntuk menguruskan rumah tangga dengan teratur, mengasuh sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama tetap menyumbang kepada ekonomi negara.


Secara peribadi saya berasa isi kandungan ebook yang penuh informasi ini patut dimiliki oleh semua wanita sama ada yang bekerja di luar mahupun di rumah. Ia memberikan inspirasi, pengajaran dan garis panduan yang berguna untuk bergelar seorang WAHM.
Selari dengan perkembangan internet tanpa sempadan, saya rasa semua wanita boleh terus membuktikan kehebatan biarpun berpejabat di rumah. Dalam masa yang sama kejayaan yang dikecapi bukan sekadar di pejabat semata-mata tetapi kejayaan secara total apabila berjaya membesarkan anak-anak dengan air tangan sendiri. Itu yang lebih penting.


Bukankah seorang ibu itu guru pertama yang terbaik untuk anak-anak! Saya percaya jika anda wanita yang masih dalam dilema antara memilih kerjaya atau rumah tangga maka selepas membaca ebook ini, dengan izin Allah SWT anda dapat membuat keputusan lebih tenang dan tepat. In Shaa Allah.


Memetik kata-kata penulis, saya akui wanita patut kembali kepada fitrah sebagai pengurus rumah tangga yang hebat di rumah namun lebih berwawasan, bercita-cita tinggi dan mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Malahan senarai apa yang boleh dibuat oleh suri selepas memilih untuk berhenti bekerja dapat membantu mengurangkan stres sesetengah daripada kita dengan persoalan "apa saya nak buat lepas ni"?
Usah berlengah lagi duhai wanita, segera dapatkan ebook ini! Semoga selepas ini kita dapat mengurangkan pelbagai masalah berkaitan penjagaan anak-anak, masalah kesesakan jalan raya, masalah rumah tangga porak peranda dan seribu satu macam masalah lagi. Paling penting kita menjadi wanita yang disayangi oleh suami, anak-anak dan paling utama Allah SWT.
Ebook Super WAHM, Super Mom wajib dimiliki oleh semua wanita hebat di luar sana!




 

 

No comments:

Post a Comment