Wednesday, 26 June 2013

Hikmah menunaikan solat

Teks : Aizmallgedungbukuonline



Antara hikmah dalam menunaikan solat ialah:-
1. Menghubungkan kita dengan Allah swt. Mempertingkatan kesedaran tentang adanya Allah swt. Hubungan ini akan mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang di tegahNya.
2. Membina rasa tenang dalam jiwa. Melahirkan rasa sabar yang sebenarnya. Mengurangkan rasa ego dan sombong. Hubungan ini juga melahirkan dan meningkatkan rasa keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan ujian ini.
3. Solat yang sempurna melahirkan syaksyiah atau peribadi muslim sejati. Mewujudkan potensi dalam jiwa. Mendidik rasa patuh dan taat pada kehendak-kehendak Allah swt. Berhati-hati dalam membuat keputusan kerana sentiasa merujuk pada Allah swt.
4. Solat menjauhkan kita dari melakukan dosa dan kemaksiatan. Perilaku dalam solat menanamkan dan mencetuskan perasaan kebesaran pada Allah swt. Solat juga menjauhkan kita dari sifat lalai dan leka dengan perintah-perintah Allah swt.
 
Mengingati Tuhan, pencipta alam
Ibadah solat akan mengingatkan seorang hamba kepada penciptanya, Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud,
Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
Ingatan kepada Allah ini akan menimbulkan perasaan takut dan tunduk taat kepada-Nya dan juga akan menimbulkan perasaan mengagung dan membesarkan-Nya dengan sepenuh hati tanpa ada tandingan lagi.
Maka dirikanlah solat (yang menjadi tiang agama), sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya
(Surah An-Nisa’ ayat 103).
Rujukan: Kitab Fiqh Solah
 
 

No comments:

Post a Comment