Saturday, 7 December 2013

Tujuan Rawatan Pantang


Bab 1:Tujuan rawatan pantang

1.1Tempoh rawat dan rehat

Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal dan mental.  Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek  pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman, dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan.

Pemulihan mental iaitu persediaan ibu agar mampu mengawal emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh yang diamalkan sejak Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. Dalam tempoh ini ibu perlu mengambil peluang untuk merawat kesihatan dan masa untuk berehat. Bagi wanita moden hari ini tempoh cuti selama 60 hari atau tambahan lagi cuti adalah peluang yang perlu diambil untuk kembali kepada rutin sebagai seorang ibu, masa untuk bersama bayi dan peluang untuk menguruskan diri.

·         Pemulihan kesihatan dalaman

Sepanjang tempoh kehamilan, banyak  perkara yang mempengaruhi kesihatan ibu hamil. Biasanya masalah darah tinggi, kencing manis, badan lemah, berat badan meningkat memerlukan pemulihan semula selepas bersalin. Kadangkala masalah ini tidak berlaku sebelum hamil dan selepas bersalin, tetapi hanya berlaku semasa hamil. Justeru pelan pemulihan kesihatan perlu dilihat sebagai satu cara untuk ibu mengambil berat tentang kesihatan dan rawatan. Pakej pemulihan ini termasuk rawatan susulan dengan pakar, pusat kesihatan dan juga amalan kesihatan selepas bersalin.

Manakala pemulihan dalaman seperti, rawatan luka tempat bersalin, mengembalikan kedudukan rahim, mengecutkan peranakan, merawat bahagian sulit wanita adalah antara tumpuan rawatan utama selepas bersalin.

Koyakan semasa bersalin

Koyakan berlaku semasa kelahiran disebabkan banyak faktor. Antaranya saiz anak yang besar, kelahiran secara vakum, ibu mengangkat punggung semasa melahirkan. Untuk proses penyembuhan, selepas dijahit, ibu boleh dan perlu mengetahui status koyakan dan jahitan. Tanya perkara tersebut kepada bidan yang mengendalikan semasa proses bersalin. Ini memudahkan memilih ubatan dan rawatan yang sesuai. Contohnya ibu yang mempunyai koyakan yang banyak, perlu menunggu benar-benar sembuh sekurangnya dua minggu sebelum melakukan urutan tradisional. Boleh mulakan dahulu dengan mengambil ubatan atau rawatan untuk penyembuhan koyakan dan jahitan sebelum memilih rawatan lain seperti urutan, sauna dan sebagainya.

Berbincang dengan pakar atau doktor yang mengendalikan semasa proses bersalin tentang jenis atau kaedah bersalin yang sesuai untuk meminimakan koyakan. Ini bergantung kepada situasi hamil seseorang wanita. Sangat penting menjelaskan keinginan ibu hamil untuk mendapatkan rawatan terbaik dan menjalanani proses bersalin pada tahap kesakitan minima. Juga keupayaan doktor yang mengendalikan ibu bersalin, agar ia membantu proses rawatan semasa berpantang kelak.

Pembedahan

Begitu juga bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan, perlu memastikan jahitan dalam benar-benar sembuh sebelum berurut dan berbengkung. Cara berpantang dan resipi untuk ibu yang menjalani pembedahan juga berbeza dengan kelahiran secara normal.

·         Pemulihan luaran

Apa lagi yang akan dikupas dalam bab ini
1.Tujuan rawatan pantang

1.1Tempoh rawat dan rehat
·         Pemulihan kesihatan dalaman
·          Pemulihan luaran
·          Persediaan penjagaan bayi
·         Menurunkan berat badan
 1.2. Fasa berpantang
·          Fasa sebelum bersalin
·         Fasa 44 hari
·         Fasa 44 hari hingga 100 hari
·          Fasa 100 hari dan seterusnya
·         Ubatan konvensional & tradisional
1.3 Pelan kecantikann & kesihatan
1.4 Senarai kelengkapan berpantang
1.5 Perancangan selepas pantang
·         Tip untuk ibu/wanita hamil
·         Tip untuk bapa
·         Panduan  selesaiproses bersali

Baca lagi dalam ebook panduang lengkap 44 hari berpantang. Pre order RM30 SAHAJA.



Bakal Terbit 15.12.2013
Dapatkan ebook Panduan 44 hari pantang Tradisional & Moden
Dengan harga hanya RM30 SAHAJA
Tempah di sini untuk dapatkan harga ini, sah sehingga 15.12.2013


Apa yang menarik jika anda dapatkan ebook ini sebelum 15.12.2013 ini, anda akan menerima ebook bonus 44 Resipi pantang Tradisi Melayu (akan terbit pada 1.1.2014).

Dengan hanya menghantar ulasan ebook panduan 44 hari berpantang. Layak menerima ebook bonus. Promosi ini sah sehingga 15 Disember sahaja.

Selepas itu, harga kembali kepada asal RM60.


No comments:

Post a Comment