Bakal Terbit 15.12.2013
Tempah dengan harga pre order
RM30
Tinta pengarang
Assalamualaikum
w.b.t
Dilahirkan sebagai
wanita adalah satu kurniaan, justeru kehamilan juga adalah satu lagi kurniaan
bagi seorang wanita untuk bergelar seorang ibu. Apabila disahkan hamil, ramai
yang teruja untuk menantikan kehadiran cahaya mata. Tidak kiralah cahaya mata
pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya.
Banyak perkara perlu diambil perhatian iaitu sebelum hamil, semasa
hamil dan selepas hamil. Penjagaan bermula semasa persediaan awal kehamilan,
selama sembilan bulan seterusnya penjagaan rapi semasa berpantang.
Penjagaan adalah bermula sebelum hamil dan ia berterusan selepas
kelahiran. Proses pantang 44 hari adalah tempoh waktu untuk memulih dan
mengembalikan semula kecergasan badan. Ia berlanjutan selama 100 hari untuk
mendapatkan hasil maksima.
Kaedah pantang secara tradisional masih lagi menjadi pilihan, tetapi
alternatif rawatan moden seperti pakej rawatan pantang di SPA adalah satu usaha
untuk mempercepatkan lagi untuk mendapatkan badan yang langsing.
Isu yang paling menjadi
persoalan apabila selepas melahirkan anak ialah soal mengembalikan semula berat badan. Buku ini khusus memberi panduan tentang pengurusan dan penjagaan
selepas kelahiran iaitu tempoh berpantang dan selepas pantang.
Kembali langsing selepas hamil adalah matlamat utama. Matlamat yang
lain ialah ingin memulihkan kesihatan dalaman dan mengembalikan semula
kecergasan badan. Ini sangat penting bagi wanita, terutama untuk mengimbangi
urusan kerjaya dan rumahtangga.Tumpuan bukan semata-mata menurunkan berat
badan, tetapi pemulihan dalaman dan juga luaran juga perlu diambil perhatian.
Dimuatkan panduan berpantang secara tradisional dan pilihan rawatan
secara moden. Semoga ia bermanfaat dan semoga pembaca dapat menjadikan buku ini
sebahagian daripada panduan untuk melengkapkan lagi maklumat sedia ada sebagai
panduan berpantang.
Selamat berpantang
dan semoga kembali langsing dan anggun.
No comments:
Post a Comment