Hanya RM50 untuk pakej Ebook idea memulakan bisnes makanan dari rumah
Ringkasan Bab
Bab 1: Pengenalan Bisnes Makanan
Bab 2: Kemahiran Bisnes
Bab 3: Bahan Mentah/ Sumber Bekalan
Bab 4: Cabang Bisnes Makanan
Bab 5: Jenis Bisnes Makanan
Bab 6: Modal
Bab 7: Pelanggan Sasaran
Bab 8: Pendaftaran Bisnes
Bab 9: Pengurusan/ Operasi
Ebook Bonus 1: 101 Idea Bisnes Makanan
Ebook Bonus 2: Kisah Motivasi Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan
Cabaran
kami bermula dari untuk mendapatkan modal perniagaan. Modal tersebut
untuk digunakan mengubahsuai bahagian bawah rumah kami untuk dijadikan
bengkel dan juga untuk membeli peralatan yg berkaita
seperti mesin. Untuk permulaan kami telah berjaya membuat pinjaman
dengan TEKUN NASIONAL sebanyak 20k disamping dengan simpanan sendiri
yang tidak seberapa. Setelah semuanya selesai, dengan rasminya bisnes
kami bermula. Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk mencari
pelanggan. Sebelum kami mula jual produk kami kepada pelanggan, kami
telah menguji terlebih dahulu produk kami dengan cara memberi ujirasa
kepada penduduk setempat, rakan-rakan, jiran-jiran, pejabat-pejabat
kerajaan, sekolah dan sebagainya. Setelah mendapat respon yg baik, baru
la kami mula membuat pengeluaran produk makanan sejukbeku iaitu karipap
frozen, beberapa jenis pizza frozen, pau dan juga samosa frozen.
Pengalaman suka duka yg kami hadapi untuk memulakan bisnes ini, kami terpaksa membawa anak yang masih kecil yg pada masa itu baru habis pantang setiap pagi untuk menghantar produk (tetapi dah siap sedia untuk dimakan) ke gerai-gerai di sekitar pekan Kg. Gajah.
Kemudian kami juga menghantar produk frozen di kedai-kedai yang menjual produk sejuk beku. Tetapi tidak lama kerana kedai-kedai tersebut tidak menjaga dengan baik produk yang kami hantar. Jadi kami nekad untuk menjual dan memasarkan produk tersebut sendiri sahaja. Alhamdulillah oleh kerana di kawasan saay tidak ada lagi pengusaha yg berniaga produk seumpama ini, produk hasilan kami mendapat tempat terutamanya Pizza Sejuk Beku. Maklum lah, di kawasan saya susah nak dapatkan pizza, perlu pergi ke bandar besar baru boleh dapatkannya, namun begitu harganya agak mahal.
Tidak lama selepas itu, produk kami telah dapat dikesan oleh pihak Jabatan Pertanian Perak Tengah dan mereka bersetuju memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan jumlahnya bernilai 10k. Dengan bantuan tersebut, kami mengorak langkah dengan lebih jauh lagi untuk memperluaskan lagi bisnes ini. Pihak Jabatan Pertanian melihat kami sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh lg dalam bidang ini, mereka telah menawarkan secara kontrak untuk kami beroperasi di Pusat Aperantis di Padang Kangar Parit, Perak. Walau bagaimana pun, kami beroperasi di Pusat Aperantis tersebut selama beberapa bulan sahaja atas sebab perjalanan dari rumah ke pusat aperantis mengambil masa selama 40minit dan juga dalam masa yg sama, saya terpaksa meninggalkan opah saya yang juga seorang OKU (cacat penglihatan) seorang diri di rumah untuk tempoh masa yang agak panjang. Jadi untuk mengambil langkah selamat, kami terpaksa menamatkan kontrak dan berbalik beroperasi semula di rumah.
Untuk meneruskan kelangsungan bisnes ini, setelah berpindah semula ke rumah, kami mengambil kesempatan untuk mempelajari pelbagai jenis kek continental. Kami amat bertuah kerana ada seorang tauke kedai bakeri yang berbangsa cina sudi mengajar kami daripada asas sehinggalah kami boleh buat kek. Kami tidak berhenti di situ, saya terus mencari sifu-sifu kek yang terkenal di Malaysia ini.
Pada masa yang sama masih tersu belajar dengan tauke Cina tersebut. Kami belajar membuat kek di serata tempat. Antara chef yang kami belajar, Chef Ame Hamxa, Chef Khairi Anuar dan juga tauke bakeri berbangsa Cina.
Kemudian kami juga belajar membuat pelbagai jenis roti sebagai punca pendapatan sampingan. Kami telah melabur untuk tujuan mencari ilmu ini hampir 20 ribu sejak kami bermula sehingga kini. Sampai sekarang saya masih belajar jika ada perkara baru yang belum saya belajar. Alhamdulillah, kami telah dikenali bukan sahaja dalam bidang memperoses makanan sejuk beku tetapi juga dalam bidang kek dan bakeri.
Siapakah usahawan ini? Dapatkan ebook ini sekarang ;)
Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 idea bisnes makanan