Wednesday 26 June 2013

Trilogi Aku Terima Nikahnya

Teks : Aizmallgedungbukuonline



KOMPILASI BEST SELLER 3 IN 1

(Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Syurga dan Murabbi Cinta)



RM 55 + RM 10 POS
UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORANG TEMPAHAN


TRILOGI AKU TERIMA NIKAHNYA Edisi Hard Cover merupakan gabungan buku best seller Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Ia diterbitkan dengan hard cover bersama tajuk depan dengan Gold Hot Stamping bersama dan teks dalam yang dicetak dwi warna. Turut dihiasi dengan petikan-petikan daripada setiap artikel untuk kemudahan pembaca. Dihasilkan dengan sasaran menjadikannya sebagai cenderamata dan hadiah perkahwinan, juga sesuai sebagai koleksi peribadi.



CORETAN PENULIS

Saya bukan novelis. Saya bukan penulis. Saya belum ada ciri-ciri yang lazim terkait sebagai seorang penulis. Saya hanyalah seorang anak, suami, bapa, adik, saudara, rakan, da’I serta insan pejuang yang menulis. Menulis kerana itu cara saya memberitahu diri. Menulis kerana itu cara saya memaham erti. Menulis kerana ia dan diri sudah sebati. Malah menulis kerana [...]

Saya bukan novelis. Saya bukan penulis. Saya belum ada ciri-ciri yang lazim terkait sebagai seorang penulis.

Saya hanyalah seorang anak, suami, bapa, adik, saudara, rakan, da’I serta insan pejuang yang menulis.

Menulis kerana itu cara saya memberitahu diri. Menulis kerana itu cara saya memaham erti. Menulis kerana ia dan diri sudah sebati. Malah menulis kerana itu cara saya menentang mati. Agar di satu hari nanti, saya tidak mati oleh sebuah kematian. Tulisan tinggal sebagai rakaman. Rakaman tentang kehidupan. Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri.

Segalanya bermula di situ.

Aku Terima Nikahnya (2008), bermula daripada percubaan saya untuk memahami apa yang telah dan sedang saya lalui. Menilai kembali setiap satu langkah kecil yang diambil menuju kehidupan berumahtangga, Tauhid dan cinta menjadi sendi dan nadi membina mahligai impian. Saya tidak pernah membayangkan Aku Terima Nikahnya diangkat sebagai manual cinta. Ia bukan cerita cinta. Ia cerita kehidupan.

Namun menjenguk kehidupan daripada jendela cinta, lebih sering mengurniakan pelangi, warna yang menghimpun semua perasaan kita. Calon pencinta menjadikannya sebagai persediaan. Pencinta semasa mengambilnya sebagai perencah rasa. Pencinta semalam bercermin diri menjadikannya sebagai renungan. Aku Terima Nikahnya tersedia untuk semua. Aku Terima Nikahnya pergi terlalu jauh.

Abang dan kakak berpesan kepada adik, suami dan isteri saling memujuk pasangan membelek.

“Bacalah, bang. Ini bukan buku perempuan. Ia perspekif lelaki. Seorang suami. Seperti abang!” pujuk seorang isteri.

“Bacalah yang. Ini buku untuk perempuan. Hakikat lelaki untuk isteri memahami suami. Seperti abang!” rayu seorang suami.

Aku Terima Nikahnya terbuka kepada apa sahaja bentuk tanggapan dan jangkaan. Namun setinggi syukur kepada Allah atas setiap kebaikan yang diperolehi oleh mereka yang memanfaatkan. Perjuangan Aku Terima Nikahnyaadalah untuk menyuntik keyakinan, bahawa kebejatan fitnah hidup semasa, tidak sama sekali menjadikan cinta dan perkahwinan berteraskan Islam, mustahil tegak di tengah arus yang derunya bertentangan.

Bercinta Sampai ke Syurga (2009) memanggil burung pulang ke sarang. Puas terbang tinggi meninjau kehidupan, sekual Aku Terima Nikahnya ini menjemput pembaca untuk terus menyapa awan namun kaki jangan memencil bumi.

Ia penuh dengan liku-liku perjalanan rumahtangga dan perkahwinan. Antara pedas, manis dan pahit. Tiga rasa yang merencah realiti kehidupan.


Jika Aku Terima Nikahnya membekalkan saranan membina kehidupan bersendikan Syariatullah, Bercinta Sampai ke Syurga pula menyuluh keperluan Sunnatullah. Syariat dijaga, hukum hakam dipelihara, namun rumahtangga tetap bergelora kerana Kitab Kalam tidak harus terpisah daripada Kitab Alam. Sunnatullah yang ditempa Allah sebagai sifir kehidupan, jangan disanggah, jangan diremeh temehkan.

Membina jambatan keserasian antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, ahli keluarga dan persekitaran, semuanya harus tunduk kepada hukum alam tentang hubungan manusia. Pertemuan saya dengan sisi kedua selepas Aku Terima Nikahnya, sungguh menginsafkan. Ia mengajar saya untuk lebih manusiawi terhadap isteri dan anak-anak, belajar seni rasa dan seni kata, bukan jauh meninjau seberang, tetapi bersuluhkan kekayaan jiwa insan bergelar Nabi. Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam sendiri yang hangat watak dirinya terhadap para isteri dan anak-anak.

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang terbaik kepada keluargaku” – Al-Hadith

Segala atas dan bawah, hitam dan putih, salah dan betul yang terakam di dalam naskhah Bercinta Sampai ke Syurga, adalah usaha-usaha saya untuk menjadi manusia terbaik di pandangan baginda, juga pandangan Allah yang Esa.

Perkahwinan bertambah usia, anak-anak bertangga dewasa. Rumahtangga beralih ke fasa seterusnya, nikmat dan cabaran saling bersulam mematangkan kehidupan. Di medan itulah Bercinta Sampai ke Syurga menghidang cerita. Serunya bukan untuk kehidupan yang sementara. Ia suatu jemputan, mengajak pasangan yang hangat berkasih, bercinta selama-lamanya, hingga ke Syurga.

Hanya satu syarat ketetapan. Taqwa yang benar kepada Tuhan. Murabbi Cinta (2010) bukan ulangan cerita.

Setelah Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga bermain peranan di pesada kembara insan mengenal Tuhan dan kehidupan, Murabbi Cinta mahu mengenengahkan sumber inspirasi terbesar seluruh perkongsian.

Pelbagai modul cinta terhidang di depan mata. Hingga kita mungkin terlupa, bahawa tiada insan yang hatinya mampu berkasih, seperti naluri Murabbi Cinta, Uswah Hasanah teladan mulia, Muhammad yang Amin, sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Masakan tidak, setelah romantiknya kita tekuni, belas ihsan hatinya kita hayati, gurau sendanya kita teladani, tegas benarnya kita ikuti, tidakkah sebesar-besar cinta adalah cintanya kepada setiap kita? Mencintai manusia yang belum ada. Hingga hidupnya tidak berwasiatkan sisa, kecuali pedoman untuk sahabat dan ikhwan, yakni kita kaum mukminin di zaman kemudiannya, yang pernah mengusik jiwa baginda, akan rindunya kepada kita.

Itulah tema Murabbi Cinta.

Mengajak diri saya meneladani seorang Nabi. Utusan Allah yang tidak pernah mensesiakan kuasa cinta, pada menjinakkan umat kepada agama. Cinta dan Tauhid menjadi satu, bekalan teragung sepanjang zaman.

Sunnahnya menjadikan kita hidup bercara. Sunnahnya menjadikan masalah dan cabaran hidup sebagai laluan menjadi dewasa. Sunnahnya mencegah lemah dan putus asa.

Sunnahnya terungkap di naskhah Murabbi Cinta, agar semua kebaikan yang sempat dilontar cerita, menambahkan penghargaan dan kasih, kepada mahaguru kita yang satu, Rasulullah Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam.


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil



TESTIMONIAL


Sebagai pengikut setia Ustaz Hasrizal, saya gambarkan bahawa beliau sebagai pemikir yang memiliki satu keupayaan untuk mengupas sesuatu perkara dengan tepat mengena sasaran, ringkas tapi mantap, pedas tapi jujur, panas tapi ikhlas dan berapi tapi beralas. Bahasa yang mudah dan tidak berbelit-belit begitu pantas dirakam oleh minda. Inilah kualiti pendakwah yang akan dirindui untuk zaman-berzaman. Sehingga kini, saya amat terkesan dengan satu titipan dalam Aku Terima Nikahnya. Beliau menulis, “Seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia- CINTA TANPA SYARAT.” Saya rasa kalimah ini sahaja sudah mampu menjentik jutaan mata dan hati untuk menangis dan menginsafi akan kasih sayang ibu bapa sebagai anugerah terindah di mayapada. Aku Terima Nikahnya bukan sahaja naskhah cinta gerbang perkahwinan, malah membawa bersama serangkaian cinta kepada Allah dan manusia yang wajar dijadikan koleksi berharga setiap Muslim. Inilah antara kupon daripada Ustaz Hasrizal untuk kita jadikan bekalan menuju gapura syurga abadi … ”


AHMAD FEDTRI YAHYA
TV3



Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas “Aku terima nikahnya…” dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu pada memulihara dan ‘survival’ sebuah perkahwinan. DOs and DON’Ts yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.


PROF. MADYA HJ. MD IZUDDIN HJ. ALI (IZZI)
Pensyarah/Perunding Motivasi

Hikmah menunaikan solat

Teks : Aizmallgedungbukuonline



Antara hikmah dalam menunaikan solat ialah:-
1. Menghubungkan kita dengan Allah swt. Mempertingkatan kesedaran tentang adanya Allah swt. Hubungan ini akan mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang di tegahNya.
2. Membina rasa tenang dalam jiwa. Melahirkan rasa sabar yang sebenarnya. Mengurangkan rasa ego dan sombong. Hubungan ini juga melahirkan dan meningkatkan rasa keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan ujian ini.
3. Solat yang sempurna melahirkan syaksyiah atau peribadi muslim sejati. Mewujudkan potensi dalam jiwa. Mendidik rasa patuh dan taat pada kehendak-kehendak Allah swt. Berhati-hati dalam membuat keputusan kerana sentiasa merujuk pada Allah swt.
4. Solat menjauhkan kita dari melakukan dosa dan kemaksiatan. Perilaku dalam solat menanamkan dan mencetuskan perasaan kebesaran pada Allah swt. Solat juga menjauhkan kita dari sifat lalai dan leka dengan perintah-perintah Allah swt.
 
Mengingati Tuhan, pencipta alam
Ibadah solat akan mengingatkan seorang hamba kepada penciptanya, Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud,
Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
Ingatan kepada Allah ini akan menimbulkan perasaan takut dan tunduk taat kepada-Nya dan juga akan menimbulkan perasaan mengagung dan membesarkan-Nya dengan sepenuh hati tanpa ada tandingan lagi.
Maka dirikanlah solat (yang menjadi tiang agama), sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya
(Surah An-Nisa’ ayat 103).
Rujukan: Kitab Fiqh Solah
 
 

Friday 21 June 2013

Quran Read Pen

Teks : Aizmallgedungbukuonline




Harga RM280.00. Pos percuma.
Semenanjung - Skynet
Sabah / Sarawak -pos daftar


Ciri-ciri-Bersuara dan mampu membaca
-30 juzuk al-quran
-Perkataan per perkataan
-Terjemahan dalam Bahasa Malaysia
-Bacaan 9 qari pilihan
-Boleh dijadikan pendrive Mp3 dan perakam suara
-Sesuai untuk Belajar Membaca Al-quran
-Built in 4GB memory (sokongan kad SD sehingga 8 GB)
-Rechargeable battery, A-Grade lithium batery built-in
-Terdapat panel kawalan di tepi muka surat bagi setiap helaian SD card di bahagian tepi pen

Keistimewaan-Alatbantu untuk individu yang sedang berusaha membaca al-quran
-Meningkatkan mutu bacaan Al-Quran
-Untuk menghafal Quran
-Sebagai hantaran perkahwinan
-Sumbangan kepada masjid/madrasah
-Sedekah, hadiah kepada ibu bapa




Al-Quran Wakaf Ibtida

Teks : Aizmallgedungbukuonline



RM75+ RM12 (Pos skynet) = RM87 (Semenanjung)
RM75 +RM15 Sabah, Sarawak
 
 
 
Naskah al-Quran ini menggunakan warna: Merah, Hijau dan Biru, di mana bagi warna merah, seseorang itu boleh berhenti pada akhir ayat yang berwarna merah dan memulakan ayat pada awal perkataan yang berwarna merah. Begitu juga dengan warna hijau di mana seseorang itu boleh berhenti pada akhir perkataan yang berwarna hijau dan memulakan bacaan pada awal perkataan yang berwarna hijau. Manakala warna biru pula seseorang itu boleh berhenti pada perkataan yang berwarna biru dan memulakan bacaan pada perkataan selepasnya tanpa mengulang kembali perkataan yang berwarna biru.
 

30 Tips Ibu Hamil dan Pantang

Teks : Aizmallgedungbukuonline



 
RM 30 SAHAJA
 
untuk 1 ebook dan 1 ebook bonus (20 resipi sihat dan 20 jus sihat)
 
 
 
Ringkasan Bab

Bab 1: Kehamilan
 
1.1 Persediaan kehamilan
1.2 Pertambahan berat badan
1.3 Rawatan rutin
 
 
Bab 2 Diet dan penjagaan kesihatan/ pemakanan semasa hamil
2.1 Saranan diet oleh pakar pemakanan
2.2 Pemakanan yang disarankan agama
2.3 Senaman ibu hamil
 
B    Bab 3: Tips Sihat Ibu Hamil
 
B    Bab 4: Persediaan Bersalin
4.1 Lokasi Bersalin
4.2 Kaedah Bersalin
4.3 Persediaan Menyambut Bayi
4.4 Persediaan Mental Dan Fizikal
 
Bab 5: Pengalaman Bersalin.
Bab 6: Rutin Rawatan Pantang

Bab 7: Tips Sihat Dalam Pantang.

Bab 8: Sesi Penenang Dalam Pantang. Apa Suami Perlu Praktik?

Bab 9: Rutin Penjagaan Bayi Dalam Pantang
Bab 10: Diet Sihat Selepas Pantang

Bab 11: Strategi Diet Sihat Selepas Pantang

Bab 12: Tips Pemakanan Seimbang Dan Gaya Hidup Sihat

Bab 13 : Fokus dan konsisten
 
 
Ebook Bonus: 20 Resipi Sihat Sesuai dihidangkan semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang.


20 Resipi Sihat

1. Ikan Tenggiri Kukus Istimewa

2. Tauhu Sayur Campur Sihat

3. Ayam Organik Masak Tomato

4. Bergedel Tempe

5. Sup Bebola Tauhu

6. Sup Bebola Tenggiri

7. Kailan Tumis Bertauhu

8. Bubur Nasi Ulam

9. Bubur Oat

10. Kuetiew Ayam Halian

12. Mee Supp Halia

13. Bubur Nasi Halia

14. Daging Masak Halia

15. Sayur Campur Goreng

16. Moi Saderi Pati Ikan Bilis

17. Tenggiri Masak Tauchu

18. Kerapu Stim

19. Siakap Ala Thai

20. Bawal Hitam
 
 
 

20 Jus segar dan sihat

1. Jus Epal & Limau Nipis

2. Jus Epal & Strawberry

3. Jus Betik & Limau

4. Smoothie Timun

5. Smoothie Lobak Merah

6. Jus Sengkuang

7. Jus Tembikai

8. Jus Lobak Merah

9. Jus Campuran Lobak Merah & Tomato

10. Jus Campuran Lobak Merah & Bayam

11. Jus Celery

12. Jus Timun

13. Jus Bit

14. Jus Bayam Segar

15. Shake Orange

16. Jus Tomato Segar

17. Air Halia Manis

18. Jus Lobak Merah & Saderi

19. Jus Asparagus Segar

20. Jus Campuran Lobak & Tembikai Susu

Friday 14 June 2013

Ensiklopedia Solat

 
Teks : Aizmallgedungbukuonline
Foto : Carian Goggle
 
 
 
 
ENSIKLOPEDIA SOLAT
 
RM 100.00 sahaja + RM 15 pos skynet
(Semenanjung Malaysia)

Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.

Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.
 
Buku ini tentang apa?
 
1. Buku ini tentang solat. Segala-galanya tentang solat.
2. Ia dirangkum dan dihimpun dalam satu buku menjadi ensiklopedia.
3. Bermula dengan sebelum solat, semasa solat dan selepas solat.
4. Contoh sebelum solat: tentang air / aurat / wuduk / kiblat / azan / iqamat
    dan lain-lain.
5. Contoh semasa solat: tentang panduan solat fardu dan juga jenis-jenis solat 
    sunat.
6. Dan contoh selepas solat: tentang doa / zikir dan lain-lain.
7.Selain itu, ada juga penerangan tentang istihadah / haid / mandi dan berbagai
   lagi yang bersangkut-paut dengan solat.
8. Ia lebih mesra pembaca.
9. Foto/ ilustrasi / peta minda / gambar rajah dan susunan reka bentuk yang
    menarik supaya lebih mudah difahami
 
 
Adakah semua jenis solat diterangkan di dalam ‘Ensiklopedia Solat’ ini?
  1. Ya. Semua solat fardu: Subuh / Zuhur / Asar / Maghrib / Isya’.
  2. Dan solat sunat: Duha / Gerhana / Hari Raya / Istikharah / Hajat / Jenazah / Tahajud / Tasbih dan lain-lain.
  3. Semua solat wajib dan sunat ini disokong dengan dalil yang memaklumkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya.
  4. Ditulis juga matan, sanad dan nombor hadis sebagai rujukan.
 
Untuk mendapatkan ensiklopedia ini, sila buat tempahan dan bayaran di sini http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Wednesday 12 June 2013

Kelas Online Belajar Asas Blog dan Penulisan

Teks : Aizmallgedungbukuonline


Kelas Online Belajar Asas Blog dan Penulisan - Pendaftaran dibuka
 
 
 
Pendaftaran masih dibuka untuk kelas asas blog dan penulisan ;)

Kalian akan belajar-
1. Belajar asas blog
 
2.Create blog dan belajar penulisan berpengaruh. Selepas pandai, boleh buat seberapa banyak blog
 
3. Tips penulisan di blog
Bonus (bernilai RM75)
1. Ebook super wahm super mom (rujukan_
2. Ebook 30 tips sihat hamil dan pantang

Hasil Akhir

1. Bagi yang mahu belajar menulis, menggunakan blog untuk melatih penulisan melalui nota yang diberikan.
2. Bagi yang ingin menyiapkan ebook. Menggunakan blog untuk menyiapkan ebook pertama

Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
 
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
 
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.
Bagaimana kelas diadakan?
-Kelas adalah secara online
- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
-Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti.
- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
-Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku.
- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.
Berminat?
Hubungi saya di sini
 

Yuran pendaftaran RM120, (kelas pertama sudah penuh)
23 pelajar dalam kelas pertama
Kini pendaftaran dibuka untuk kelas ke-2


RM130 (10 kekosongan lagi)


Yuran adalah untuk belajar teknik blog untuk menyiapkan ebook pertama.
Kos cover ebook, sekiranya mahu menerbitkan sendiri boleh mengupah grafik artis atau, penerbit biasanya akan menyiapkan cover penulis.
 
 
 
 
yuran akan dinaikkan RM150 selepas kuota 20 cukup tinggal 10 kekosongan sahaja lagi untuk kelas kedua
 
 
 
Ulasan pelajar 1 :
Teks: Nurulhuda Ismail @Wahid

Penemuan facebook peribadi milik Puan Masayu merupakan titik permulaan saya mengikuti Kelas Asas Blog & Penulisan yang dianjurkan olehnya. Dek kerana saya amat mengimpikan menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa tetapi masih mempunyai sumber pendapatan sendiri bagi membantu suami tercinta menguruskan kewangan keluarga, saya tergerak hati untuk mengikuti kelas ini. Terus-terang, saya tidak ada kemahiran menulis. Malah semasa di bangku sekolah, subjek karangan adalah subjek yang paling lemah buat diri saya. Oleh itu, apabila menemui kelas seperti ini, saya tidak akan melepaskan peluang untuk belajar. Seperti kata guru saya semasa di sekolah dahulu, bakat dan kemahiran seseorang boleh diasah. Tidak selamanya kita akan terus tidak pandai dalam sesuatu kalau kita tidak berusaha untuk mempelajarinya.

Setelah beberapa siri perbincangan dibuat bersama Puan Masayu, saya akhirnya mendaftarkan diri untuk menjadi salah seorang pelajarnya. Ada 4 sebab utama mengapa saya tidak teragak-agak untuk mengikuti kelas ini:

1) Yuran yang dikenakan amat berpatutan (tidak terlalu mahal untuk dibayar);
2) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara online sememangnya sangat praktikal dan memudahkan sesiapa sahaja, terutamanya bagi orang-orang yang berkerja seperti saya;
3) Kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya kami mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan tugasan harian yang diberikan pada masa yang ditetapkan;
4) 'Murid' yang diambil pada setiap sesi adalah dalam saiz kumpulan yang kecil supaya setiap daripada kami dapat dibimbing 'one-to-one' supaya tidak ada diantara kami yang tercicir atau ketinggalan.

Saya sememangnya tidak boleh memberikan komitmen yang tinggi dan berterusan jika kelas yang dibuat wajib dihadiri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Faktor kerja dan masa bagi menguruskan anak-anak sendirian selepas waktu kerja amat membataskan saya daripada duduk di hadapan komputer setiap hari untuk mengikuti kelas. Jika kelas yang dibuat dijalankan hanya pada hujung minggu sahaja juga sukar untuk saya ikuti kerana pada masa itulah saya akan menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dan suami, berehat, mengemas rumah, pulang ke kampung, malah kadang-kala terpaksa ke pejabat untuk menyiapkan kerja.

Alhamdulillah, saya tidak salah membuat pilihan untuk mengikuti kelas ini. Banyak tips dan ilmu penulisan yang saya pelajari melalui tugasan yang diberikan. Antara tips asas penulisan yang diajar kepada kami ialah:
1) Entri perlu ditulis setiap hari supaya idea lancar mengalir.
2) Konsisten menulis dan menyiapkan tugasan.
3) Banyakkan membaca dalam bidang genre kita supaya mudah memberi input baru dan kesegaran dalan penulisan kita.
4) Tulis dengan jiwa yang ikhlas supaya penulisan kita sampai ke hati pembaca.

Tugasan pertama, kami diberikan beberapa soalan analisis, dan daripada jawapan-jawapan kami itulah Puan Masayu akan memberikan tajuk blog yang bersesuaian mengikut minat dan kemahiran masing-masing. Kemudiannya kami akan diberikan panduan dan tunjuk ajar untuk menulis blog berdasarkan tajuk blog masing-masing. Dan disinilah keistimewaan kelas online ini, semua soalan dan jawapan daripada mentor dan mentee, serta nota dan tunjuk ajar daripada mentor, boleh diajukan dan diberikan pada bila-bila masa mengikut kelapangan kami semua. Entri juga boleh dibuat secara santai dan berperingkat, tiada tekanan langsung yang diberikan oleh mentor Puan Masayu di sepanjang kelas ini. Malah kami juga digalakkan untuk membantu rakan-rakan yang lain sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan blog, walaupun tajuk dan genre blog kami berbeza di antara satu sama lain.

Bagi saya, semua ilmu, tips dan tunjuk ajar, serta dorongan yang Puan Masayu berikan di sepanjang kelas ini melebihi daripada apa yang kami bayar. Banyak ilmu yang tidak ternilai yang dikongsikan beliau bersama kami. Tunjuk ajar tanpa jemu, serta tidak memaksa kami untuk menyiapkan semua tugasan pada masa yang tertentu, amat saya perlukan dan hargai. Malah apabila melihat rakan-rakan yang lain dapat menyiapkan entri mereka secara konsisten membuatkan saya juga begitu bersemangat untuk menyiapkan semua tugasan walaupun ada menghadapi sedikit masalah yang menyebabkan saya terhenti seketika daripada menulis sewaktu di minggu pertama kelas.

Saya amat mengesyorkan kepada semua para pembaca yang ingin mempelajari teknik asas blog dan penulisan supaya menyertai kelas ini, kerana kita bukan sahaja mendapat ilmu dan bimbingan di dalam bidang penulisan, malah kita juga akan menghasilkan sebuah ebook dan juga sebuah buku di pengakhiran kelas ini. Ini bermakna, dipenghujung kelas ini, kita bukan sahaja mendapat kemahiran menulis, malah dapat menghasilkan sebuah ebook tulisan sendiri yang pertama, serta memperolehi semula modal yang dilaburkan melalui penjualan ebook tersebut.

Mudah-mudahan, ilmu, jasa dan bakti Puan Masayu mendidik kami melalui Kelas Asas Blog & Penulisan ini dapat memberikan impak yang besar ke dalam hidup kami selepas ini. In shaa Allah, semoga perjalanan kami di sepanjang kelas ini dipermudahkan dan berjaya mencapai matlamatnya. Amin...

Bertindak sekarang,
bayar sini untuk dapatkan harga RM 130